Saturday 11 April 2015

Video TKRS

https://www.youtube.com/watch?v=lmp0_ofRzXM


https://www.youtube.com/watch?v=aeTcPdsO1IY


https://www.youtube.com/watch?v=2bsVoV1xtH8


https://www.youtube.com/watch?v=sEXrgA9Lj7Y


https://www.youtube.com/watch?v=StLss9_ZvLI


https://www.youtube.com/watch?v=DHQ4VVDGxV8


KAWAD KAKI TKRS

Hukuman Kawad Statik

Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.


Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
  1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
  2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
  3. langkah sebelah
  4. hentak kaki
  5. buka dan tutup barisan
  6. luruskan barisan
  7. hormat

Bahasa Hukuman Kawad Statik


1 - sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"


2 - senang diri
"SENAAANG DIRI!"


3 - rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"


4 - berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"


5 - berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"


6 - berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

*sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

***sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"

[Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platun anda sedang menghadap]


7 - langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"


8 - hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"


9 - buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"


10 - luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad "PANDAAAANG..DEPAN!"


11 - hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"


Undang- Undang KRS

  • Menepati Masa.
  • Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan.Sentiasa membawa buku Log.
  • Berpakaian kemas.
  • Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut.
  • Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab.
  • Jika tidak hadir atau apa-apa alasan. Sistem surat-menyurat perlu dibuat dan tanda tangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB).
  • Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau Guru Penasihat.
  • Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat.
  • Menghormati setiap AJK dan ahli.


Ikrar KRS

"Kami anggota Kadet Remaja Sekolah mengikrarkan akan mengabdikan diri dalam seluruh kehidupan kami kepada Allah dan memperjuangkan Deenul Islam dan berjanji akan menepati undang-undang Kadet Remaja Sekolah"


Baju KRS

Video Kawad kaki KRS

http://malaysia.video.search.yahoo.com/video/play;_ylt=A2KIo9qg7yhVpn4AY1Y0GYpQ;_ylu=X3oDMTByMjBzZmhtBHNlYwNzcgRzbGsDdmlkBHZ0aWQDBGdwb3MDNg--?p=kadet+remaja+sekolah&vid=c796a640404ca25dfba5d640cbe05411&l=7%3A28&turl=http%3A%2F%2Fts2.mm.bing.net%2Fth%3Fid%3DWN.uJfcLA2MYjY8jckMs4GvdA%26pid%3D15.1&rurl=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3Do02zccnAjbc&tit=%5BSMKDE%5D+Kawad+Kaki+Formasi+2013+%28Kadet+Remaja+Sekolah%29&c=5&sigr=11bkon9cv&sigt=11mb2skke&sigi=11vu8hhp7&age=1373225485&fr2=p%3As%2Cv%3Av&fr=yhs-iry-fullyhosted_003&hsimp=yhs-fullyhosted_003&hspart=iry&type=bnk_ir_15_10&tt=b



kAWAD KAKI

TKRS Malaysia

Friday 10 April 2015

Kawad Kaki TKRS


JUARA KAWAD KAKI KRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Mesti Melihat ini

Sejarah K.R.S

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10  Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah.


Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan  yang diadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Wednesday 8 April 2015

Lagu TKRS


https://www.youtube.com/watch?v=WeByX49-t9I


Ini adalah lagu TKRS

logo dan maksud logo




TKRS dan KRS berkongsi logo yang sama. Lihat logo di atas dan cuba fahami maksud yang tersirat padanya.
PENGERTIAN LOGO :
Perisai
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dua tangkai padi bersilang
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua tindakan.
Buku terbuka dan rehal
Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau
Alam sekitar yang sihat
Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.
Warna kuning
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.
Warna putih
Keikhlasan dan kesucian.

uniform (bahasa ingiris)

There are 3 types of KRS uniforms, namely Uniform No. 2, Uniform No. 3 and Uniform No. 4. There is also a type of informal activity attire(Uniform No.1) which is the KRS t-shirt with track bottoms. The most frequently used uniform is the Sherwood Dark Green Uniform No.4. The Uniform No. 4 is considered the official uniform of KRS. Uniform No. 4 consists of the Sherwood Dark Green long-sleeved smart shirt and trousers, beret, name tag, logos, collar dots, badges and lanyard. Additional items include a hackle for the beret, muffler and gloves. Boots are required when wearing the Uniform No. 4 and they include spike boots and drill boots (when drilling). Students seldom afford to purchase the Uniform No. 3 as it is an optional uniform for students which consists of a light green smart shirt and slack pants or school uniform trousers (olive green). Uniform No. 2 is a more formal activity attire which is a half-uniform. The cap badge of the KRS beret is worn on the right side (other groups wear them on the left side).
It is compulsory for KRS nationwide in Malaysia to wear their uniform every Wednesday during school hours. Officers (teachers) are required to do so too. Officers normally chose to wear the Uniform No. 3 as it is more lightweight and airy. There are also bush jackets and ceremonial uniforms (pakaian istiadat) for high-ranking KRS officers which are normally education officers.

Info TKRS (bahasa ingiris(Rankings))

Cadets/Students (Primary/Tunas)[edit]

Primary school student cadets, who are also known as Tunas KRS (literally: young KRS) wear the rank badge above the right shirt pocket. The highest rank for primary student cadet is Sergeant.
The ranks for primary student cadets include:
  • Lance Corporal TKRS
  • Corporal TKRS
  • Sergeant TKRS

Cadets/Students(Secondary)[edit]

Secondary school cadets wear their rank epaulettes on both sides of the shoulder straps. The highest rank for a secondary school cadet is Warrant Officer 1.
The rank for Lance Corporal, Corporal are awarded on school-based examinations and varies a lot from school to school. The Exam Card provided in the KRS Handbook (Buku Panduan KRS) is rarely followed. For the rank of Sergeant, students have to attend courses held by the District Education Office and those who passed will be awarded with a certificate stating the promotion of rank. Sometimes, the Staff Sergeant course is held together with the Sergeant course. Cadets who passed the rank of Staff Sergeant will be chosen to attended the Warrant Officer course. The course for Warrant Officers used to be national level and is a very prestigious award for cadets. Normally only not more than 20 cadets awarded with the rank of Warrant Officer 1 nationwide while 50 awards of Warrant Officer 2. Since 2009, Warrant Officer courses are now held state level to provide more chances for cadets and produce more Warrant Officers.
The ranks for secondary student cadets, along with their epaulettes, are:

Officers[edit]

Ranks are from the lowest to the highest.
  • Cadet Officer (Officer before attending any KRS courses, except for member who are staff sergeant and above)
  • Sub-Lieutenant (Officer after attending Officer Course Level 1 or 5 years membership in krs with STPM/diploma/equivalent certificate )
  • Lieutenant (after attending Officer Course Level 2)
  • Captain (Bachelor Degree)
  • Major
  • Lieutenant Colonel
  • Colonel
  • Brigedier General
  • Major General
  • Lieutenant General (School Section Director)
  • General (Deputy Education Director)
  • Field Marshal (Education Director)

sejarah TKRS (Bahasa ingiris)

AbbreviationKRS and TKRS (Tunas Kadet Remaja)
MottoIlmu Iman dan amal
Formation27 June 1987
TypeSchool-based Government-owned Youth organisation
Legal statusActive
PurposeAlternative uniformed body
HeadquartersKuala Lumpur
Location
Membership
Open to all primary and secondary students
Founder
Muhammad Thani bin Sha'aban
Main organ
National-level committee
AffiliationsMinistry of Educatio


Kadet Remaja Sekolah was founded by Muhammad Thani Bin Sha'aban at SM Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Initially, this organisation was known as Kadet Putera Islam Malaysia (literally: Malaysia Islam Boys' Cadet Corps) and its membership was open to SM Raja Abdullah Islam Students' Association. It had only 20 members in the beginning consisting of Form 1 and Form 2 students only.
The Kadet Putera Islam Malaysia had its activities based on "Islam as a way of life". In 1989, a few other schools in the Federal Territories organised Kadet Putera Islam Malaysia. The schools that organised them were SMK Taman Tun Dr Ismail under the leadership of Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, SM Sri Titiwangsa under the leadership of Mr. Anuar Bin Abd Aziz and SM Ma'ahad Hamidiah, KajangSelangor under the leadership of En. Abu Hassan Bin Morad.
In 1993, 53 secondary schools had organised Kadet Putera Islam Malaysia. The effort to make Kadet Putera Islam Malaysia as an official uniformed body under the Ministry of Education beginning on 10 August 1993. A meeting with the Director of Education of Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin was held on 13 September that year. In this meeting, the thesis about Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) was discussed. A committee was formed to prepare cabinet documents. The committee planned to changed KPIM to the name Kadet Putera-Puteri Islam (Islam Boys' and Girls' Cadet Corps). However, this name was again changed to Kadet Remaja Islam/Youth Islam Cadet Corps (KRIS)
In the meantime, the talk about KRIS to the Education Directors was held in October 1993 and was chaired by YB Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid. He made the decision to change KRIS to the name Kadet Remaja Sekolah Malaysia (KRS). It was officially launched on 20 June 1995 and its membership opened to all boys and girls regardless or religion. Since then, many schools began to bring in this youth organisation as they see the importance of uniformed groups in bringing up a student's discipline. KRS groups are mostly formed when a new school is established or brought in by the administrator of the schools which are established earlier.

Sejarah tentang TKRS



 Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020

Cogan Kata TKRS

’ ILMU IMAN AMAL’

                    
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Bendera TKRS

Bendera KRS

Lagi Informasi Tentang TKRS

Pengertian logo

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian

Gambar- gambar TKRS

       

       


       


       
       


       

       


       

       



       


       




       


       



     

TKRS

Kadet Remaja Sekolah atau KRS telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya pula telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Jun 1995. Manakala arahan pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah ini di semua sekolah telah dibuat oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1995.

Pasukan Tunas KRS ini ditubuhkan bertujuan memberi peluang kepada semua murid yang tidak menyertai mana-mana pasukan badan beruniform yang sedia ada di sekolah untuk menyertai pasukan Tunas KRS. Dengan itu semua murid berpeluang menyertai pasukan pasukan badan beruniform di sekolah. Semenjak ditubuhkan lebih sedekad yang lalu, penglibatan murid dalam pasukan ini telah meningkat dari tahun ke tahun. Jumlahnya adalah melebihi bilangan penglibatan murid dalam mana-mana pasukan badan beruniform yang lain.

Berdasarkan perkembangan ini, pelaksanaan aktiviti pasukan KRS turut dikembangkan ke peringkat sekolah rendah dengan nama Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah atau TKRS. Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah ini telah diasaskan pada 15 Mac 1999 dan penubuhan rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Noh b. Omar pada 26 Mac 2006

Dari aspek kepegawaian , kedua-dua pasukan ini menggunakan sepenuhnya kepakaran dan tenaga guru-guru sekolah sebagai pengurus dan jurulatih pasukan. Oleh itu berbagai-bagai latihan telah dijalankan kepada guru-guru tesebut bagi memantapkan lagi pengurusan pasukan ini di seluruh negara.Pelaksanaan aktiviti Tunas KRS adalah berdasarkan kurikulum yang berteraskan aspek Disiplin dan Kerohanian disamping 4 elemen utama iaitu Ketahanan Diri dan Kebudayaan, Keusahawanan, Khidmat Masyarakat dan Alam Sekitar.

Sepanjang tempoh pelaksanaan aktiviti Tunas KRS, tiada sebarang peruntukan khas diberikan kepada pasukan ini. Pembiayaan aktiviti hanyalah melalui peruntukan aktiviti Menengah dan Rendah (kokurikulum –OS42000) yang amat terhad dan rendah jumlahnya. Oleh itu segala perancangan untuk membangunkan pasukan ini tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan melalui peruntukan yang terhad tersebut. Oleh itu beberapa permasalahan dapat dikesan seperti berikut;


i. Pembangunan aspek kejurulatihan pasukan.kurang berkesan.

Memandangkan semua jurulatih pasukan TKRS ini adalah terdiri daripada kalangan guru, maka latihan atau kursus-kursus yang berkaitan dengan kurikulum dan pengurusan pasukan yang cekap dan sistematik perlu diadakan. Tetapi disebabkan tiadanya peruntukan khas, maka program ini gagal dilaksanakan secara berkesan dan objektif di sebalik penubuhan pasukan ini di semua sekolah seluruh negara tidak akan tercapai sepenuhnya.

ii. Pembangunan fizikal pasukan kurang mantap.

Disebabkan tiadanya peruntukan khas tersebut, menyebabkan aktiviti pembangunan fizikal pasukan seperti ketiadaan pusat latihan khas, kekurangan peralatan dan logistik pasukan itu sendiri di peringkat kebangsaan dan negeri merencatkan program yang dirancang sepanjang tahun.

iii. Salah tanggapan terhadap kualiti pasukan KRS.

Disebabkan tiada peruntukan yang khas diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada pihak pengurusan pasukan ini, segala urusan perbelanjaan pasukan ditanggung oleh ahli-ahli dan guru-guru pemimpinnya sendiri di peringkat negeri dan sekolah. Oleh itu timbul salah tanggapan oleh sesetengah pihak bahawa menyertai pasukan ini perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar khususnya untuk pembelian pakaian dan segala kelengkapan yang lain.

Pada setiap tahun pasukan TKRS terlibat dalam pelbagai aktiviti sama ada diperingkat kebangsaan, negeri mahupun daerah seperti perkhemahan tahunan, pertandingan kawad kaki, kursus kenaikan pangkat dan kursus-kursus kejurulatihan pegawai. Tanpa sebarang peruntukan khas tersebut, semua aktiviti ini masih dapat dilaksanakan, namun kejayaannya tidak begitu memberangsangkan. Demi pembangunan yang lebih mantap, sokongan dari segi kewangan khas amat diperlukan oleh pasukan ini.

Dicadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan peruntukan khas yang akan diberikan kepada pasukan TKRS agar dapat merealisasikan semua aktiviti yang dirancang dengan berkesan melalui pelaksanaan program dan kursus kejurulatihan kepada pegawai-pegawainya, penyediaan peralatan dan logistik yang mencukupi serta pengurusan dan perancangan aktiviti yang mantap. Dengan adanya semua peruntukan ini, usaha membentuk generasi muda yang yakin diri, berdaya saing, cekap dan bersatupadu bagi melahirkan insan kamil sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai.

Selain daripada peruntukan kewangan berdasarkan hasil dapatan kajian, dicadangkan diwujudkan jawatan Pegawai Tadbir KRS secara hakiki di semua Jabatan Pelajaran Negeri. Disamping memastikan pasukan badan beruniform Tunas KRS di semua negeri mempunyai sumber logistiknya tersendiri yang lengkap. Kursus-kursus pemantapan kejurulatihan dilaksananakan dengan efektif dan berkesan di peringkat negeri dan kebangsaan. Dan akhir sekali mewujudkan pusat latihan bagi pasukan Tunas KRS di setiap negeri. Belanja Mengurus pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan penstrukturan semula perjawatan jika diluluskan sudah pasti menjadikan pasukan lebih mantap di setiap negeri dan setanding dengan pasukan badan beruniform yang lain selaras dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hasilan kajian juga menunjukkan bahawa kajian lanjutan harus dijalankan agar dapatan kajian yang dijalankan menjadi lebih tepat dan mendalam. Populasi kajian juga hendaklah lebih besar dan menjurus kepada akar umbi iaitu sekolah ( guru dan murid ) . Melalui kajian sebegitu barulah boleh dilihat samada penubuhan pasukan ini benar-benar berkesan dan menjadi tarikan ramai murid. Kajian lanjutan juga harus melihat dari beberapa aspek yang berbeza agar hasilannya lebih mendalam. Kaedah kajian juga harus d

Lagu TKRS

LAGU TKRS/ KRS

Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu, iman dan amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
chorus :
Remaja, sahutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayatilah budaya
Ilmu, iman dan amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

PAKAIAN DAN PERALATAN KADET TUNAS KRS

1. Seluar sekolah ( warna biru )

Aksesori pada seluar :
- Tali pinggang kanvas Sherwood dark green berkepala warna emas dan berlogo KRS

2. Baju warna light green

( lengan panjang- perempuan : lengan pendek-lelaki ) berbutang 7 biji, warna hijau muda.

Aksesori pada baju :

- kolar dot ( epoxy bulat )

- Lencana poket

- lanyard warna merah

“ single-line”

- Tanda nama warna hitam dan

tulisan putih : “border ber warna putih “

3. Kasut kulit/pvc/kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam

4. Beret berwarna “ sheerwood dark green”

Aksesori pada beret :


- Lencana KRS ( Logam ) berwarna emas dan berpelapik merah

Sejarah Penebuhan

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama ( perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk murid-murid sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah   ( KRS ).


Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
1. LATAR BELAKANG

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks  Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek  ( JERI ).
Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan  bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.


2.  RASIONAL

Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.
Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
Memenuhi inspirasi dan permintaan  masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.  MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat  Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
 4.  OBJEKTIF

Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi  kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5.  PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS. Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri )

Tuesday 7 April 2015

TKRS (Tunas Kadet Ramaja Sekolah)

Kita sedia maklum bahawa tahun 2008 yang lalu menyaksikan betapa kurangnya aktiviti yang diadakan untuk anggota-anggota TKRS daerah Seremban. Ramai rakan guru pemimpin yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan aktiviti TKRS pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang lalu.

Mungkin bagi kita, ianya sesuatu yang melegakan kerana tidak perlu banyak habiskan tenaga dan masa untuk melaksanakan atau mengikuti aktiviti tersebut, tetapi bagaimana pula bagi pelajar ? Mereka pasti akan sedih dan menyesal menjadi anggota TKRS bila dibandingkan dengan rakan-rakan yang menyertai unit unifom lain seperti pengakap dan sebagainya. Guru-guru pemimpin ketandusan idea dan hanya menjalankan aktiviti dalaman sahaja. Kalau ada perkhemahan pun, mungkin hanya sekali setahun bahkan itu pun dibuatnya di dalam kawasan sekolah. Bukan setakat pelajar, kita sebagai guru pemimpin pun turut merasai kebosanannya..

Justeru, untuk tidak menghampakan harapan pelajar kita yang menganggotai TKRS, pada tahun 2009 ini, saya merancang untuk melaksanakan beberapa siri kursus dan aktiviti yang menarik supaya dapat mereka jadikan kenangan dan kebanggaan mereka sepanjang hayat.

Saya menyeru kepada tuan/puan para guru pemimpin TKRS untuk duduk, baring dan berdiri bersama saya demi menjayakan perancangan kita ini. Tahun 2009, kita bertekad untuk menjadikan aktiviti TKRS sebagai aktiviti yang dapat memberikan kepuasan kepada anak didik kita.

Logo TKRS


Informasi TKRS

TKRS adalah badan unit berunitform sekolah rendah manakala KRS adalah badan unit berunitform sekolah menengah.  
Tujuan KRS dan TKRS ditubuhkan:
  • Membentuk generasi pelajar yang menjwaisemangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
  • Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berasaskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
  • Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
  • Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
  • Membina generasi pelajar patriotik yang menjwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
  • Melahirkan generasi pelajar patriotik yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Pengertian Logo
  • Perisai melamgangkan bentang ketahanan diri daripada gejala tidak sihat
  • Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia
  • Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan diri serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  • Buku yang terbuka dan renal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  • Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
  • Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Cogan Kata KRS ‘ILMU IMAN AMAL’a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.

Keahlian
  • Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan batuan kerajaan.
  • Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara pertama.
  • KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.
  • Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.
Keadaan di mana seseorang ahli KRS perlu memakai uniform KRS
– Ujian KRS
– Majlis agung KRS
– Perkhemahan KRS
– Duti KRS
– Pertandingan KRS
– Majlis Pentauliahan pangkat

Perbezaan antara Pakaian Lengkap Latihan dan Pakaian Lengkap Rasmi :

PLR dilengkapkan dengan mafela, sarung tangan dan jambul merah(hackle)manakala PPL tidak ada 3 aksesori itu.

Jenis dan kesesuaian pakaian seragam KRS
– Terdapat 4 jenis pakaian seragam KRS
– Pakaian seragam yang dibiasa oleh ahli KRS ialah baju no. 4

Monday 6 April 2015

SEJARAH TKRS

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Selamat Datang ke blog TKRS SK bukit kemuning 2