Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS)
1. LATAR BELAKANG
Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan
arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum
merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara
menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya
membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran.
Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah
generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita
perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai
perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan
intelek ( JERI ).
Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah
menengah/rendah kerajaan dan bantuan
kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah.
Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan
bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.
2. RASIONAL
Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk
melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.
Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat
membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti
penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu
usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat
sokongan padu daripada semua pihak.
Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi
manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan
Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
4. OBJEKTIF
Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama,
bangsa dan negara.
Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan
integrasi nasional.
Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati
dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan
bermesra.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5. PERANCANGAN DAN
PELAKSANAAN
Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS
peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan
operasi KRS/TKRS. Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada
aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah(
TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia
agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti
mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela
Diri )
No comments:
Post a Comment